Diceritakan bahawa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt
kerana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian,
maka sakitnya pun sembuh.
Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s
datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil
dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya
sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Langsung dari itu Musa a.s pun
mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau
mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan
aku?”
Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan
dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi
manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku,
lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak
menuju kepada-Ku.”
No comments:
Post a Comment